Pak Lah perlu gantung Najib.

Parlimen, 7 Julai (SK) – Pakatan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantung timbalannya, Najib Tun Razak bagi tujuan memberi laluan penyiasatan terhadap tuduhan dan akuan bersumpah ke atas beliau dalam isu berkaitan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Perkara itu ditegaskan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang merujuk kepada tindakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang bertindak tegas menggantung Pegawai Tugas-tugas Khas beliau berikutan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dalam menyerahkan kontrak pungutan sampah bagi memudahkan siasatan dilakukan.

Selain itu, Khalid juga mengambil contoh tindakan yang ‘terpaksa’ diterima Anwar Ibrahim ketika memegang jawatan yang sama telah dipecat Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun lalu berikutan terdapat tuduhan melakukan kesalahan liwat dan salahguna kuasa.

“Mengapa ketika itu Anwar terpaksa dipecat tetapi Najib tidak dilakukan dengan tindakan yang sama. Setidak-tidaknya beliau perlu digantung bagi memudahkan proses siasatan dilakukan” tegas Khalid sewaktu memulakan ucapan perbahasan beliau dalam sesi perbahasan usul kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9).

Gesaan beliau itu mendapat bantahan hebat ahli-ahli parlimen BN termasuklah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang juga menantu kepada Perdana Menteri.

Posted in |

0 comments: