Anwar Fail Tuntutan Syariah Terhadap Fitnah Saiful.

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan syaraiah terhadap Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 41 ‘Qazaf’ Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah 1997 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Anwar memfailkan tuntutan tersebut pada jam 10.15 pagi tadi bersama peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Seksyen 41 ‘Qazaf’ secara spesifik menyentuh persoalan tuduhan zina, dan menurut hukum syarak, Saiful menghadapi penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit, atau kedua-duanya, sekiranya gagal mengemukakan empat orang saksi lelaki atau iqrar tertuduh.

“Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini,” kata Anwar.

“Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan qazaf. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera.”

Posted in |

0 comments: